top of page

UNIT FOR CURRICULUM AFFAIRS AND ACADEMIC DEVELOPMENT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

Program Terkini

unnamed (1).jpg
WhatsApp Image 2022-05-01 at 21.04.12.jpeg
unnamed.jpg
PROGRAM KAMI
Abstract Background

PENGENALAN UCAAD

Unit For Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD) ditubuhkan untuk menggantikan Unit ILQAM yang telah dimansuhkan dengan penubuhan ILD peringkat UiTM. Melalui penstrukturan semula ini, penubuhan UCAAD UiTM Melaka adalah untuk memenuhi tanggungjawab universiti untuk menyediakan program latihan dan kemajuan profesional untuk staf akademik. Program ini dibentuk khususnya untuk mencapai keperluan staf akademik yang terdiri daripada pelbagai bidang dari kursus asas pembelajaran dan pengajaran kepada kursus kepimpinan. Kemajuan yang tinggi dalam akademik sesungguhnya akan memperkayakan dan mengukuhkan pembelajaran, pengajaran dan dimensi penyelidikan universiti.

PENGENALAN

PROGRAM ANJURAN UCAAD

Nantikan program yang akan dianjurkan oleh UCAAD sepanjang tahun ni. 

WhatsApp Image 2024-10-25 at 3.35.24 PM.jpeg
OBJEKTIF KAMI

OBJEKTIF UCAAD

1. Menguruskan data kurikulum akademik terkini bagi tujuan pemantauan, penyelidikan dan laporan akademik.

2. Menguruskan hal ehwal berkaitan OBE, Blended Learning dan MOOC dan menyediakan analisa laporan CDL, CQI dan PEO di peringkat UiTM Cawangan Melaka. 

3. Menawarkan latihan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, nilai kepimpinan, kecemerlangan intelektual dan kompetensi sistem akademik dalam memperkasakan pembangunan Integriti profesional dan penghayatan falsafah pendidikan agar selari dengan visi dan misi UiTM.

4. Menguruskan penawaran program futuristik yang berdasarkan Industrial Revolution 4.0 dan Education 5.0 serta proses akreditasi termasuk penyediaan dokumen MQA dan lawatan akreditasi bagi Program-Program Pengurus Utama (PU).

6. Membantu proses penilaian, penyediaan dan menyemak (vetting) soalan serta pentaksiran agar memenuhi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) / Jadual Spesifikasi Ujian Berterusan (JSUB) / Jadual Spesifikasi Projek (JSP) dan domain yang ditetapkan. 

5. Melaksanakan penilaian semasa program yang sedia ada dan menyelaras semakan kurikulum (merangkumi program oleh Pengurus Utama (PU) dan Pengurus Pelaksana (PP).

PIAGAM PELANGGAN
Wavy Abstract Background

PIAGAM PELANGGAN

MISI & VISI UCAAD

Mempertingkatkan kesarjanaan dan membudayakan kesedaran terhadap kepentingan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UiTM Cawangan Melaka menerusi latihan, pengurusan kurikulum serta pelaporan yang sistematik dan berintegriti.

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

Unit Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

1912, Jalan Lendu / Rembia, 78000 Alor Gajah, Melaka

 

ucaaduitmelaka2020@gmail.com

Tel: 06-5582000

Fax: 06-5582001

bottom of page